Nota Linux Saya

Nota - nota ringkas berkaitan Linux. Terdapat pemasangan software, troubleshooting dan sebagainya. Lebih kepada distro - distro yang popular seperti Ubuntu, Linux Mint dan Fedora.

Ubuntu Application Round-Up #1

Seminggu tak dapat nak update disebabkan terpaksa kerja lebih masa dan juga perasan sibuk. Walau apa pun, hari ini saya memperkenalkan 2 aplikasi untuk Ubuntu 12.04 yang berguna kepada pengguna sekalian.

1) Download-Monitor




Aplikasi Download-Monitor ini adalah untuk memantau penggunaan data internet data. Aplikasi ini sangat berguna kepada pengguna internet yang mempunyai kuota atau limitasi data pada pelan internet mereka. Kita boleh memantau dari segi penggunaan harian, mingguan dan juga bulanan. Download-monitor ini akan memberitahu kita sekiranya penggunaan sudah melebihi had.

Untuk memasangnya pada Ubuntu, buka terminal;

sudo add-apt-repository ppa:duncanjdavis/download-monitor-submit
sudo apt-get update
sudo apt-get install download-monitor



2) LightRead



LightRead ini adalah merupakan aplikasi untuk membaca suapan RSS dari Google Reader yang agak ringan dan telah diintegrasi dengan Pelancar Unity. Light Read ini mempunyai UI agak menarik dan tetapannya agak mudah dilakukan untuk pengguna baru. LightRead ini agak berguna bagi saya di mana saya tidak perlu lagi membuka Google Reader pada browser untuk membaca suapan RSS terbaru.

Untuk memasangnya pada Ubuntu, buka terminal;

sudo add-apt-repository ppa:cooperjona/lightread
sudo apt-get update
sudo apt-get install lightread


Sekian dan selamat mencuba.

#p/s: Buat masa ini, tiada update untuk fedora kerana fedora 17 saya sudah bermasalah (hang pada boot) kerana kernel panic disebabkan nvidia driver sudah break. 
0 Komentar untuk "Ubuntu Application Round-Up #1"

 
Copyright © 2014 Nota Linux Saya - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info