Nota Linux Saya

Nota - nota ringkas berkaitan Linux. Terdapat pemasangan software, troubleshooting dan sebagainya. Lebih kepada distro - distro yang popular seperti Ubuntu, Linux Mint dan Fedora.

Memasang apt-fast pada Ubuntu/Linux Mint


Ini adalah cara – cara untuk menginstall perisian apt-fast pada Ubuntu atau Linux Mint. Apt-fast ini seperti namanya, mampu membuatkan proses installation dan juga upgrade package dalam Ubuntu atau Linux Mint berjalan lebih pantas.

1) Mula – mula, kita perlu menginstall axel download manager dengan arahan berikut;

sudo apt-get install axel

2) Download skrip apt-fast dari sini dan letakkan dalam folder /usr/bin atau /usr/sbin. Pastikan nama fail ditukar dari apt-fast.sh kepada apt-fast sebelum dipindahkan.

3) Tukar kepada direktori /usr/bin atau /usr/sbin

cd /usr/bin @ cd /usr/sbin

4) Tukar permission pada skrip tadi

sudo chmod +x apt-fast

5) Selesai

Untuk menggunakan apt-fast ini, arahan – arahannya adalah seperti menggunakan pat-get juga, cuma diganti perkataan apt-get kepada apt-fast sahaja.

Contoh:
sudo apt-fast update (update package)
sudo apt-fast install namapakej (install package)
dan lain-lain

Sekian dan selamat mencuba.

0 Komentar untuk "Memasang apt-fast pada Ubuntu/Linux Mint"

 
Copyright © 2014 Nota Linux Saya - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info