Nota Linux Saya

Nota - nota ringkas berkaitan Linux. Terdapat pemasangan software, troubleshooting dan sebagainya. Lebih kepada distro - distro yang popular seperti Ubuntu, Linux Mint dan Fedora.

Download Video Youtube Guna Terminal Dalam Fedora

Bismillahirrahmanirrahim

Kembali dengan update tentang fedora. Saya terpaksa fresh install setelah versi sebelum ini gagal diselamatkan. Tidak mengapalah kerana data-data penting telah berjaya diselamatkan. Hari ini saya akan menunjukkan cara untuk mendownload video daripada youtube dengan menggunakan terminal sahaja. Apa yang anda perlukan adalah satu script yang bernama youtube-dl. Script ini sudah tersedia di dalam repository fedora anda. 

Buka terminal dan masukkan arahan berikut;

sudo yum install youtube-dl

Untuk mendownload video, masukkan arahan seperti berikut;

youtube-dl linkvideotersebut

Sebagai contoh, saya ingin download video Top 5 Things to Do After Installing Ubuntu. Arahan yang perlu dimasukkan ialah;

youtube-dl http://www.youtube.com/watch?v=E8eSog_bhsk




Video yang telah didownload tadi boleh dijumpai pada folder Home. Youtube-dl ini juga boleh mendownload video dari laman web perkongsian popular seperti metacafe, crackle dan lain-lain. Anda boleh mencubanya sendiri.

The New Ipad - Ambank Card Holder Only

0 Komentar untuk "Download Video Youtube Guna Terminal Dalam Fedora"

 
Copyright © 2014 Nota Linux Saya - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info